SciMath

This site is promoting and supporting education especially in Mathematics and Science through a compilation of useful links and posts. Suitable for all! I will try my best to update this site from time to time. Mind my unstructured musings!

Lagu-lagu Matematik January 30, 2008

Filed under: Recreational Mathematics — salzie @ 5:26 am
Tags: ,

 

Melodi: Oh susanna

Tajuk: Wajar tak wajar

Marilah kawan, tolong bantu saya

Mempelajari pelajaran tentang pecahan

Tiga per empat, empat per tiga

Apakah dia perbezaan di antaranya

Tiga per empat, pecahan yang wajar

Nilainya kurang dari satu, kurang dari satu

Marilah kawan, mari kawan

Tolong bantu saya

Empat pertiga, pecahan tak wajar

Nilainya lebih dari satu, lebih dari satu

Empat per empat, marilah kita semua meneka

Pecahan wajar atau tidak

Apa jawapannya

Empat per empat, pecahan tak wajar

Nilainya sama dengan satu, sama dengan satu

Mari mari lah kawan bantu saya

Mempelajari pelajaran, tentang pecahan

 

 

Melodi: This old man

Tajuk: Bahagi pen

Sepuluh batang pen

Agih secara rata

Kepada lima orang budak lelaki

Sepuluh bah’gi lima

Sepuluh batang pen

Dua batang seorang

Berapa orang budak boleh dapat pen

Sepuluh bah’gi lima

Bahagi, bahagi

Agihan sama rata

Atau tolak secara berulang-ulang

Dua setiap seorang

 

Melodi: London bridge is falling down

Tajuk: Masa itu berlian

Masa itu berharga

Hargai masa kita

Masa bagai berlian

Hargai masa

Kalau masa dah lepas

Tak mungkin kembali

Enam puluh saat seminit

Sejam enam puluh minit

Dua puluh empat jam sehari

Satu minggu tujuh hari

Masa bagai berlian

Hargai masa

Masa itu berharga

Hargai masa kita

Kalau masa dah lepas

Tak mungkin kembali

Enam puluh saat seminit

Sejam enam puluh lah minit

Dua puluh empat jam sehari

Satu minggu tujuh hari

Masa itu berharga

hargai masa kita

Kalau masa dah lepas

Tak mungkin kembali

 

 

Melodi: Twinkle twinkle little stars

Tajuk: Bakul berbaris

Darab, darab, mendarab

Dua bakul rambutan

Lima biji sebakul

Semua berapa biji

Dua darablah lima

Jawapannya sepuluh

Darab, darab, mendarab

Sembilan baris bakul

Dua bakul sebaris

Semua berapa bakul

Sembilan darab dua

Lapan belas semuanya

Bakul, bakul, berbaris

Sembilan baris bakul

Dua bakul sebaris

Lima biji sebakul

Semua berapa biji

rambutan yang berbaris

 

 

Melodi: Wau bulan (dikir barat)

Tajuk: Empat operasi

Marilah semua kita belajar

Ilmu empat operasi

Tambah, tolak, darab, bahagi

Kalau tambah, jumlahkannya

Kalau tolak, kurangkannya

Ingatlah wahai kawan semua

Kalau darab, gandakannya

Kalau bahagi, agihkannya

 

 

Melodi: Old mac donald

Tajuk: Graf

Ada dua jenis graf

Mari belajar

Graf palang dan piktograf

Berbentuk grafik

Kita belajar piktograf dulu

Oh nanti pula untuk graf palang

Pik-to-graf-pik-to-graf

Iya iya yo

Jangan lupa tulis tajuk serta labelnya

Petunjuk pula adalah penting sekali

Supaya graf mudah difahami dan dibaca oleh kita semua

Graf palang dan piktograf

Iya iya yo ( semua ulang 2x)

Ada dua jenis graf

Mari belajar

Graf palang dan piktograf

Berbentuk grafik

Kita belajar piktograf dulu

Oh nanti pula untuk graf palang

Pik-to-graf-pik-to-graf

Iya iya yo

 

 

Melodi: Bingo

Tajuk: Beli susu

Emak suruh saya pergi ke kedai runcit oh

Beli susu lembu, satu liter

Satu liter, sebotol satu liter

Tapi bila sampai kedai, jumpa milliliter oh

Jadi saya beli, dua botol susu

Satu botol ada, lima ratus m-l oh

Dua kali lima ratus, sama dengan satu ribu

Seribu mililiter, ialah satu liter

Seribu mililiter, ialah satu liter oh

Saya beli dua botol susu di kedai itu

Dua kali lima ratus, sama dengan seribu

Seribu mililiter, ialah satu liter oh

Saya beli dua botol susu di kedai itu

Dua kali lima ratus sama dengan seribu

Dua kali lima ratus sama dengan seribu

Saya beli dua botol susu di kedai itu

Dua kali lima ratus sama dengan seribu

Dua kali lima ratus sama dengan seribu

 

 

Melodi: Rasa sayang

Tajuk: Seronok mengukur

Hai kawan marilah kita mengukur

Cara ukur menarik, cara ukur menarik

Jika tak ada pembaris, guna anggota

badan

Inilah satu jengkal, buka tanganlah depa

Itulah tapak kaki mu, satu langkah ke

hadapan

Inilah dia satu jengkal, buka tanganlah

itu depa

Itulah tapak kaki mu, satu langkah ke

hadapan

Jika tak ada pembaris, gunakanlah anggota

badan (semua ulang 4x)

Hai kawan marilah kita mengukur

Cara ukur menarik, cara ukur menarik

Jika tak ada pembaris, guna anggota

badan

Inilah caranya, untuk kita mengukur

 

 

 

Melodi: London bridge is falling down

Tajuk: Ra pu sa

Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, ra-pu-sa

Mari kita belajar, nilai tempat

Sepuluh satu ialah, sepuluh, sepuluh

Kumpul semua semula, nilai puluh

Sepuluh puluh ialah, seratus, seratus

Kumpul semua semula, nilai ratus

Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan

Ratus puluh dan satu, nilai tempat

Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, ra-pu-sa

Mari kita belajar, nilai tempat

Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan

Ratus puluh dan satu, nilai tempat

 

 

Melodi: Doraemon

Tajuk: Kubus kuboid silinder

Mari kita belajar, kubus kuboid silinder

Semua pepejal ada banyak ciri-cirinya

Ada yang hampir sama, ada pula berbeza

Permukaannya ada enam, semua muka rata

Dua belas sisinya, semua panjang yang sama

Bucu-bucunya ada lapan

Apa namanya, nama pepejal itu

Itu adalah kubus

Satu lagi pepejal, hampir sama rupanya

Dua belas sisinya, enam muka yang sama rata

Sisi tak semua sama, kuboidlah namanya

Lihat pula silinder, dua muka sama rata

Satu muka melengkung, tapaknya bulat

Tapi tidak berbucu, sisi lurusnya memang tidak ada, itulah silinder

Mari kita belajar, kubus kuboid silinder

Semua pepejal ada banyak ciri-cirinya

Ada yang hampir sama, ada pula berbeza

Permukaannya ada enam, semua muka rata

Dua belas sisinya, semua panjang yang sama

Bucu-bucu nya ada lapan

Apa namanya, nama pepejal itu

Itu adalah kubus

Marilah kita sama-sama belajar

Bongkah-bongkah ini

 

 

Melodi: Barbie girl

Tajuk: Ingatkan masa

Berapa jam kah dalam sehari itu

Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam

Berapa minit dalam satu jam itu

Enam puluh minit, enam puluh minit

Berapa saat kah dalam satu minit

Berapa saat kah dalam satu minit

Murid mana yang tahu cepatlah jawab, cepatlah jawab, cepatlah jawab

Saya cikgu menjawap soalan itu, jawapannya enam puluh saat

Seminit bersamaan enam puluh saat

Kawan marilah kita hafal

Sejam enam puluh minit

Seminit enam puluh saat

O o oh

Berapa jam kah dalam sehari itu

Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam

Berapa minit dalam satu jam itu

Enam puluh minit, enam puluh minit

Berapa saat seminit

Enam puluh

Berapa minit sejam

Enam puluh, enam puluh

Berapa jam kah sehari

Dua puluh empat

Kawan mari kita hafal

O o oh O o oh

Enam puluh saat dalam satu minit

Enam puluh saat dalam seminit

Kawan marilah kita hafal bersama

Kawan marilah kita hafal

Sejam enam puluh minit

Seminit enam puluh saat

O o oh

Berapa saat seminit

Enam puluh

Berapa minit sejam

Enam puluh, enam puluh

Berapa jam kah sehari

Dua puluh empat

Kawan mari kita hafal

O o oh O o oh

Berapa jam kah dalam sehari itu

Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam

Berapa minit dalam satu jam itu

Enam puluh minit, enam puluh minit

Berapa jam kah dalam sehari itu

Dua puluh empat jam, dua puluh empat jam

Berapa minit dalam satu jam itu

Enam puluh minit, enam puluh minit

Berapa saat seminit

Enam puluh

Berapa minit sejam

Enam puluh, enam puluh

Berapa jam kah sehari

Dua puluh empat

Kawan mari kita hafal

O o oh O o oh

Ingatkan lah masa kita

 

 

Melodi: Ten little indians

Tajuk: Mengenal bentuk

Mari kita kenal bentuk

Lihat sisi lihat bucu

Sisi lurus, bucu tajam

Bentuk mesti yang rata

Tiga sisi tiga bucu

Semua sisi tertutup

Ada lagi tiga sudut

Segi tiga namanya

Empat sisi empat bucu

Sisi lurus, bucu tajam

Ada empat sudut tegak

Apa nama bentuknya

Ada empat sudut tegak

Ialah segi empat tepat

Jika sisi semua sama

Segi empat samalah

Mari kita kenal bentuk

Lihat sisi lihat bucu

Sisi lurus, bucu tajam

Bentuk mesti yang rata

Mari kita kenal bentuk

Lihat sisi lihat bucu

Sisi lurus, bucu tajam

Bentuk mesti yang rata

 

 

Melodi: Baa baa black sheep

Tajuk: Susun nombor

Susun nombor ikut arahan

Satu dua tiga, tertib menaik

Tiga dua satu, tertib menurun

Susun nombor mesti tepat tertibnya

 

 

Melodi: Clementine

Tajuk: Perimeter

Perimeter suatu bentuk

Lihat semua sisinya

Tambah semua sisi itu

Perimeter jumlahnya

Bagi segi empat sama

Senang saja rumusnya

Empat sisi sama panjang

Perimeter jumlahnya

Untuk segi empat tepat

Tidak susah rumusnya

Dua panjang dua lebar

Perimeter jumlahnya

Segi tiga, tiga sisi

Beginilah rumusnya

Dua sisi tambah tapak

Perimeter jumlahnya

Perimeter suatu bentuk

Lihat semua sisinya

Tambah semua sisi itu

Perimeter jumlahnya

Perimeter suatu bentuk

Lihat semua sisinya

Tambah semua sisi itu

Perimeter jumlahnya

 

 

Melodi: Itsy bitsy spider

Tajuk: Sifir dua

1 x 2 jawapannya 2

2 x 2 jawapannya 4

3 x 2 jawapannya ialah 6

4 x dengan 2 jawapannya ialah 8

5 x 2 jawapannya 10

6 x 2 jawapannya 12

7 x 2 jawapannya 14

8 x dengan 2 jawapannya 16

9 x 2 jawapannya 18

10 x 2 jawapannya 20

11 x 2 jawapannya 22

12 x dengan 2 jawapannya 24

 

Melodi: Nenek si bongkok tiga

Tajuk: Purata

Kisah ini kisah purata

Mari mendengar bersama-sama

Cara mengira purata

Perlu ikut rumus purata

Rumusnya senanglah sahaja

Cari hasil tambah semua nombor

Bahagi dengan bilangan nombor

Akan dapat jawapan nanti

Kami berikan satu contoh

Dua, enam, sepuluh dan dua

Ada empat nombor semuanya

Hasil tambahnya dua puluh

Berapakah purata ini?

Dua puluh dibahagi empat

Mari kawan cepat berfikir

Lima ialah purata ini

 

 

Melodi: If you are happy and you know it

Tajuk: Pecahan setara

Satu per dua dan dua per empat

Pecahan setara nilainya sama

Apakah ia pecahan pada satu per dua

Adakah ia pecahan setara

Satu per tiga dan dua per enam

Pecahan setara nilainya sama

Kawan-kawan fikirlah, apa pecahan setara

Bagi pecahan satu per tiga

Satu per empat dan dua per lapan

Pecahan setara nilainya sama

Kawan-kawan fikirlah, apa pecahan setara

Bagi pecahan satu per empat

 

 

Melodi: Old mac donald

Tajuk: Tambah dan tolak

Kalau jumpa sebelum, kita tolaknya

Kalau jumpa si kurang, kita tolaknya

Kalaulah jumpa dengan si beza, kita juga tolak tolak tolak

Sebelum kurang dan beza, semua ditolak

Kalau jumpa selisih, kita tolaknya

Kalaulah jumpa banding, kita tolaknya

Kalaulah jumpa dengan si rugi, kita juga tolak tolak tolak

Selisih banding dan rugi, semua ditolak

Kalau jumpa si diskaun, kita tolaknya

Kalau jumpa si baki, kita tolaknya

Kalaulah jumpa dengan si awal, kita juga tolak tolak tolak

Diskaun baki dan awal, semua ditolak

Kalau jumpa selepas, kita tambahnya

Kalau jumpa si lebih, kita tambahnya

Kalaulah jumpa dengan si lewat, kita pun juga tambah tambahnya

Selepas lebih dan lewat, semua ditambah

Kalau jumpa dividen, kita tambahnya

Kalaulah jumpa untung, kita tambahnya

Kalaulah jumpa dengan si jumlah, kita pun juga tambah tambahnya

Dividen untung dan jumlah, semua ditambah

 

 

Melodi: Tiga Kupang

Tajuk: Perpuluhan

Perpuluhan ada titik, itulah tajuk kami

Mari kita belajar tentang perpuluhan

Persepuluh nilai tempat perpuluhan yang pertama

Perseratus nilai tempat perpuluhan kedua

Persepuluh untuk satu tempat perpuluhan itu

Perseratus untuk dua tempat perpuluhan itu

Maka tiga tempat perpuluhan itu, untuk per berapa kah jawapannya

Persepuluh, perseratus diikuti dengan apa

Persepuluh, perseratus diikuti perseribu

Itulah nilai tempat perpuluhan yang ketiga

Marilah kita belajar maksud perpuluhan

Perpuluhan ada titik, itu tajuk kami

Mari kita belajar tentang perpuluhan

Persepuluh nilai tempat perpuluhan yang pertama

Perpuluhan ada titik, itulah tajuk kami

 

Melodi: Under the sea

Tajuk: Peratus dan pecahan

Peratus peratus itu, pecahan perseratus

Apakah maksudnya itu, mari kita berfikir

Oh empat dari seratus, berapakah peratus

Oh lapan dari seratus, berapakah peratus

Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka

Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus

Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama

Oh empat dari seratus, ialah empat peratus

Oh lapan dari seratus, ialah lapan peratus

Senangnya senangnya oh, maksud peratus itu kan

Peratus peratus itu pecahan perseratus

Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka

Aiyo satu peratus itu, siapa tahu maksudnya

Aiyo enam peratus, siapa tahu maksudnya

Mari teka, oh mari kawan, marilah teka, siapa yang mahu

Aiyo satu peratus itu, satu dari seratus

Aiyo enam peratus, enam dari seratus

Ingatlah oh kawan-kawan ku, jangan lupakan maksud peratus

Pecahan perseratus, boleh tukar pada peratus

Kalau jumpa peratus itu, tukarlah kepada perseratus

Senangnya senangnya oh, maksud pada peratus itu kan

Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka

Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus

Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama

Mari teka, oh mari kawan, mari teka, siapakah yang mahu meneka

Peratus peratus ialah pecahan pada perseratus

Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama

Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama

Mari kawan ku oh kawan ku, jawap bersama

 

 

Email me for the melody or the full song!

 

5 Responses to “Lagu-lagu Matematik”

  1. Bingo Says:

    send song bingo

  2. salzie Says:

    Hi there! Do you want the Bingo tune only or with the singing?

  3. alias bin ramli Says:

    congratulation. I like ur song.

  4. suraya Says:

    i like ur song..
    can u write english song for even and odd number..
    so that..
    my student will be enjoy in my class..
    example:
    even + even = even
    even +odd = odd
    odd+odd = even
    odd + even = odd

  5. asyraf Says:

    hello..can u plz send me a melody song to me? give it to my email..thank u.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.